Tuesday, January 20, 2009

Rumah Taman Malaysia Kena Pecah!




18 hb Januari lepas, buat pertama kali dalam ingatan aku rumah di Taman Malaysia telah dipecah masuk. Sejak dari kecil aku tinggal di situ sehinggalah kedua ibu bapa aku meninggal dan selepasnya tidak pernah berlaku kejadian seperti Ahad lepas. Adik aku yang menetap di situ bersama kakak kebetulan tiada di rumah. Pencuri memecah masuk ikut tingkap belakang dapur rumah. Habis digeledah rumah. Banyak juga barang yang dia dapat antaranya laptop, wang tunai dan barang kemas. Dikatakan sudah lebih 3 kejadian yang sama berlaku di taman ini sejak awal tahun 2009. Mungkin orang yang sama memecah masuk tetapi biarlah pihak polis yang melakukan siasatan dan diharapkan penjenayah akan dapat ditangkap dengan segera.

Wednesday, December 10, 2008

Sambutan Aidil Adha di Taman Setia




Assalamualaikum !Sambutan Aidil Adha di Taman Setia disambut secara sederhana tetapi meriah. Boleh dikatakan majoriti penduduk Taman Setia sudah pun memenuhi ruang surau untuk mendirikan solat sunat Aidil Adha sejak awal pagi lagi. Laungan takbir oleh kanan-kanak melalui pembesar suara mulai kedengaran sejak jam 7 pagi. Setelah selesai solat sunat aidil adha lebih kurang jam 9.15 pagi, para ahli jemaah bersiap pula untuk ibadah korban. Alhamdulillah dengan semangat kerjasama, gotong royong dan semangat persaudaraan yang kuat membolehkan penyembelihan dan pengagihan daging dapat dilakukan dengan cepat. Menjelang jam 12.30 tgh. semua penduduk sudah dapat mekan tengahari hasil daging korban yang disedekahkan sebahagiannya untuk tujuan tersebut. Cuma yang pasti tidak dapat dilupakan Aidil Adha tahun ini ialah apabila seekor lembu yang hendak dikorbankan terlepas dari ikatan dan melarikan diri sehinnga menyeberang ke Taman Katan. Alhamdulillah dengan semangat muafakat, lembu yang lari dapat juga ditangkap semula dan akhirnya dapat juga dijadikan ibadah korban. Moga Allah menerima ibadah penduduk yang melakukan korban tahun ini. Amin!!!!

Tuesday, November 25, 2008

Pergi Bercuti!




Assalamualaikum! Sempena cuti sekolah kali ini saya berkesempatan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Sebenarnya, saya bercadang nak ke Kelantan tapi atas sebab-sebab tertentu, saya bertukar destinasi. Selain itu, isteri dan anak-anak saya belum pernah ke Pulau Pangkor. Sampai di sana, saya ingatkan orang ramai tapi jangkaan saya meleset. Tak ramai seperti dijangkakn. Hotel pun mudah dapat. Cuti ini merupakan rehlah saya yang pertama bersama anak-anak khususnya anak bongsu yang semakin sihat. Melihat keadaannya ketika bercuti dan mandi manda, rasa legalah sikit apatah lagi dia dah mula selera makan. Mungkin selepas ini ada lagi destinasi yang saya akan sampai sekiranya dapat cuti dan kerja semakin kurang.

Sunday, November 2, 2008

Ziarah Langkawi




30 Oktober-1 November: Saya sekeluarga ke Langkawi. Hampir setahun saya sekeluarga tidak menjenguk Langkawi. Sekali pun saya selalu ke Langkawi untuk urusan kerja tetapi bersama keluarga dah hampir setahun. Dah lama tak balik ziarah tok Leha di Ulu Melaka. Alhamdulillah, kali ni kami semua berkesempatan untuk bermalam di rumahnya. Seronok anak-anak saya dapat bertemu dengan saudara-saudara mereka. Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Tok Leha pula uzur kerana sakit buah pinggang. Pagi 1 November beliau pergi cuci buah pinggang di hospital Langkawi. Katanya seminggu 3 kali macam arwah mak saya dulu juga. Balik kali ni juga sempat jumpa Mizi,Rokhaimi dan Nasir. Pi pekena roti bom di Pantai Tengah. Juga sempat keluar minum dengan cikgu Zubir. Insya Allah ada ruang saya mesti pergi lagi.

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri Kesyukuran!



27 Oktober 2008- Saya sempat mengadakan kenduri kesyukuran dan rumah terbuka Aidilfitri. Kenduri kesyukuran sempena sihatnya Amzar dari penyakit yang dihadapinya, Alhamdulillah. Di samping itu, saya buat juga tahlil untuk arwah ibu bapa saya dan kenduri doa selamat. Ramai juga yang datang khususnya ahli jemaah surau dan sanak saudara. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Rombongan Hantar Kak Ngah!






24&25 Oktober 2008- Kami sekeluarga dan 8 keluarga yang lain bertolak ke Temerloh, Pahang untuk menghadiri kenduri kahwin di rumah Fazli (suami Kak Ngah). Seingat saya, inilah kali per tama kami beramai-ramai menyewa bas untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. Sungguh meriah rupanya bila kesemua adik beradik menaiki satu bas. Tak kering gusi dibuatnya ditambah dengan keriuhan kanak-kanak yang tak kenal erti letih dan lelah. Kami sempat bermalam di Genting Highlands dalam perjalanan pergi. Seronok juga bila masing-masing berkesempatan untuk naik kereta kabel dan bersiar di puncak Genting. Tahniah buat Kak Ngah yang sekarang dah jadi orang Pahang.

Tuesday, October 14, 2008

Us Arman berangkat ke Amman!


14 Oktober- Malam ini Us Arman Rusoff, bekas Penolong Pengarah BPI akan berangkat meninggalkan Malaysia untuk memulakan tugas barunya sebagai atase di Kedutaan Malaysia di Amman,Jordan. Jordan bukan lagi asing buat beliau kerana beliau pernah menuntut di sana dahulu ketika menyudahkan Ijazah Sarjana Mudanya. Us Arman memang hebat orangnya, malah beliau turut menerima tawaran daripada bahagian biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Phd. Namun mungkin kerana minatnya untuk menjadi atase, terpaksalah beliau menangguhkan dulu hasratnya untuk menyambung phd. Sabtu lepas saya berkesempatan menjenguk beliau di Putrajaya untuk mengucapkan Selamat Jalan. Saya, Us Jamal dan Us Abd. Mutalib sanggup datang dari Alor Setar semata-mata untuk menziarahi beliau. Terlalu banyak jasa beliau kepada kami dan banyak kenangan yang tak boleh kami lupakan ketika bersama beliau. SELAMAT BERANGKAT!