Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51


31 Ogos- Hari ini adalah hari keramat untuk semua warganegara Malaysia. Jika 51 tahun lalu tarikh ini adalah tarikh yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia ketika itu berseronok dan bergembira tetapi pada waktu ini sudah tentu kegembiraannya tidak sama seperti dahulu. Ini kerana warga muda ketika ini tidak merasai perit dan kesusahan orang dulu memperjuangkan kemerdekaan. Namun tahniah kepada semua warga muda yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan setiap program kenerdekaan. Apa yang ingin ditekankan di sini, sejauh mana kita selaku GPI, Guru j-QAF dan Guru KKQ mampu memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya. Bagaimana pula cara kita cuba memahamkan anak-anak murid kita erti kemerdekaan sebenarnya apatah lagi murid-murid ini tak pernah melihat watak penjajah secara hakiki seperti datuk dan nenek moyang kita melihatnya. Justeru, peranan kita cukup besar bagi memastikan kemerdekaan pada hari ini bukan sekadar memasang bendera dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tetapi kita mestilah berfikiran yang lebih luas memberi idea dan pendapat agar erti merdeka yang sebenarnya difahami oleh semua. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51!

Saturday, August 23, 2008

Amzar kena bedah lagi!

Tarikh 22 Ogos 2008 pasti akan menjadi sejarah lagi buat kami sekeluarga. Amzar ken bedah lagi. Kesian sungguh kat dia. Tapi apa yang aku boleh buat, tak dak cara lain. Yang paling sayu ialah bila aku dibawa masuk ke bilik pembedahan. Aku boleh tengok sendiri bagaimana operasi membuang nanah dari perut Amzar dilakukan. Agak seriyau juga tapi ku tahan kerana sayang kat Amzar. Apa pun Amzar dah selamat di bedahtapi demamnya masih belum mahu reda. Aku kena banyak berikhtiar dan berdoa di samping sentiasa mengawasi dia. Amzar....... hanya Allah yang Maha Penyembuh, kita hanya berusaha.

Monday, August 18, 2008

Rafiq masuk Summer Camp




17 Ogos- Hari ini aku menghantar anakku yang sulung, Muhammad Rafiq ke Summer Camp di SMS Pokok Sena. Saja aku hantar dia ke kem tu supaya dia tak buang masa di rumah di samping dapat juga motivasi. Ramai juga yang datang. Di situ aku sempat bertemu dengan sepupuku Hamidi yang mai dari Seberang Perai hantar anaknya. Masing-masing pada hari itu mengharapkan sesuatu yang positif bila anak mereka pulang termasuklah aku. Aku pun sentiasa mendoakan agar anak-anakku menjadi anak yang soleh. Rafiq nampak cekal walau kena tinggal selama 4 hari.Moga beliau jadi anak yang soleh

Sambutan Israk Dan Mikraj




Assalamualaikum! Dalam saat aku kalut dan sibuk mengurus Amzar yang dibedah kerana apendiks, Alhamdulillah, masih sempat aku bersama dengan penduduk2 Taman Setia yang lain menyambut Israk dan Mikraj dan Bulan Syaaban pada 15 Ogos 2008. Penceramah malam itu ialah Paklong Lutfi Ameer. Seronok sungguh ceramah dia, lawak. Seronok tengok penduduk kat sini yang tak cemuis2 menjayakan sebarang majlis. Pakat tak kira riang dan wang ringgit. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada masyarakat di sini...... Amiin

Amzar masuk wad!




Tarikh 12 Ogos pasti menjadi salah satu peristiwa penting untuk anakku Muhammad Amzar. Anakku terpaksa ditahan di wad 7A Putra Medical Centre. Setelah semalaman muntah tidak berhenti-hemti, doktor mengesahkan bahawa dia apendiks dan memerlukan pembedahan segera. Pembedahan dilakukan pada malam itu juga lebih kurang jam 10.30 malam sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai oleh Dr. Ng Kok Joo. Selepas 1 jam,pembedahan selesai, Alhamdulillah selamat. Namun demikian selepas beberapa hari Amzar demam berterusan sehingga mendatangkan kerisauan kami sekeluarga. Setiap hari Amzar perlu di bawa ke PMC untuk menerima rawatan susulan. Sehingga coretan ini ditulis, Amzar masih belum pulih. Ku doakan anakku Amzar cepat sembuh. Amiin!

Saturday, August 2, 2008

Bercuti di Kuching





Assalamualaikum! Agak lama saya tak buka blog ini, mungkin 4 atau 5 hari. Agak ketagih juga. Tetapi apa kan daya masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ini. Cuma laman web sppimked tak dapat dilayari lagi,mungkin masih dikemaskini. Saya bercuti di Kuching bersama ahli keluarga saya. Ketika di Kuching, saya sempat ke cyber cafe tapi tak dapat nak melayari blog kerana sibuk menghantar e-mel kepada beberapa orang rakan di luar negara. Seronok juga di Kuching. Saya seronok sebab dapat bertemu rakan-rakan lama yang masih mengajar di Kuching seperti Cikgu Abd. Rahim Abol (terima kasih kerana bagi ikan terubok sepecial) dan isterinya Suraya, Us. Sany, En Jiwari b. Abdullah atau nama sebenarnya Jong Jang Jung (pegawai penyelidik SESCO)terima kasih sebab bagi kek lapis, Cikgu Johan (bekasPen. Kanan sekolah saya mengajar dulu) dan isterinya Cikgu Saodah dan ramai lagi yang tak dapat saya sebut nama mereka di sini tapi anda masih dalam ingatan saya. Selain itu murid-murid saya yang sentiasa menemani saya sekeluarga ke mana saja kami pergi iaitu Ahmad Zamri Shah (Pegawai Agama di Istana Gabenor Sarawak) dan Hamsawi Salleh (jurutera Petronas) terima kasih Hamsawi atas segala perbelanjaan yang anda tanggung untuk kami di Kuching. Saya juga sempat bertemu dengan seorang murid yang dulunya agak mahir dalam B.Arab iaitu Syarifuddin A.Kadir, sekarang bekerja sebagai Penolong Mufti setelah balik dari Universiti Madinah. Seorang lagi yang saya dapat berjumpa ialah Norsuriati Abd. Rahman seorang akauntan yang pernah saya mengajar beliau di Ting 4 dan 5 Sains. Terima kasih Suriati atas pelawaan untuk menggunakan kereta anda di sana, saya dah ada orang bagi kereta, Insya Allah lain kali saya pergi, saya akan contact. Ramai lagi murid-murid saya yang saya jumpa. Yang seronoknya kebanyakannya dah kahwin dan ada yang dah ada 4 atau 5 orang anak. Subhanallah, begitu cepat masa berlalu, rasa diri ini tua bebenar. Tahniah kepada semua anak-anak murid saya yang telah berjaya menjawat jawatan-jawatan besar di Sarawak. Insya Allah ada masa, kita berjumpa lagi.......!