Tuesday, October 28, 2008

Kenduri Kesyukuran!



27 Oktober 2008- Saya sempat mengadakan kenduri kesyukuran dan rumah terbuka Aidilfitri. Kenduri kesyukuran sempena sihatnya Amzar dari penyakit yang dihadapinya, Alhamdulillah. Di samping itu, saya buat juga tahlil untuk arwah ibu bapa saya dan kenduri doa selamat. Ramai juga yang datang khususnya ahli jemaah surau dan sanak saudara. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Rombongan Hantar Kak Ngah!






24&25 Oktober 2008- Kami sekeluarga dan 8 keluarga yang lain bertolak ke Temerloh, Pahang untuk menghadiri kenduri kahwin di rumah Fazli (suami Kak Ngah). Seingat saya, inilah kali per tama kami beramai-ramai menyewa bas untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. Sungguh meriah rupanya bila kesemua adik beradik menaiki satu bas. Tak kering gusi dibuatnya ditambah dengan keriuhan kanak-kanak yang tak kenal erti letih dan lelah. Kami sempat bermalam di Genting Highlands dalam perjalanan pergi. Seronok juga bila masing-masing berkesempatan untuk naik kereta kabel dan bersiar di puncak Genting. Tahniah buat Kak Ngah yang sekarang dah jadi orang Pahang.

Tuesday, October 14, 2008

Us Arman berangkat ke Amman!


14 Oktober- Malam ini Us Arman Rusoff, bekas Penolong Pengarah BPI akan berangkat meninggalkan Malaysia untuk memulakan tugas barunya sebagai atase di Kedutaan Malaysia di Amman,Jordan. Jordan bukan lagi asing buat beliau kerana beliau pernah menuntut di sana dahulu ketika menyudahkan Ijazah Sarjana Mudanya. Us Arman memang hebat orangnya, malah beliau turut menerima tawaran daripada bahagian biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Phd. Namun mungkin kerana minatnya untuk menjadi atase, terpaksalah beliau menangguhkan dulu hasratnya untuk menyambung phd. Sabtu lepas saya berkesempatan menjenguk beliau di Putrajaya untuk mengucapkan Selamat Jalan. Saya, Us Jamal dan Us Abd. Mutalib sanggup datang dari Alor Setar semata-mata untuk menziarahi beliau. Terlalu banyak jasa beliau kepada kami dan banyak kenangan yang tak boleh kami lupakan ketika bersama beliau. SELAMAT BERANGKAT!

Saturday, October 11, 2008

Kak Ngah Kahwin!




Tanggal 3 Oktober 2008 pasti menjadi kenangan manis kepada Eikrami bt. Ezahar (kak ngah) apabila beliau selamat dinikahkan dengan Fazli Khamis. Sebagai salah seorang saudara mara beliau, sudah tentu saya rasa gembira melihar beliau sudah berkahwin. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya macam baru lahir saja Kak Ngah, maklumlah masa dia kecik dulu, selalu dok dukung dia. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Tahniah juga kepada Bg. Ya dan Kak Imah kerana mendapat menantu dan ‘anak lelaki’ pertama.