Friday, July 25, 2008

Perginya Maklang Meah

Assalamulaikum! 25 Julai 2008(Jumaat), Saya menerima berita kematian Maklang Meah jam 11 pagi. Ketika itu saya sedang sibuk bergotong royong di rumah Tn. Hj. Radhi, jiran belakang rumah saya yang akan kenduri esok. Saya bergegas balik dan bersiap untuk ke Batu Lintang, Tikam Batu untuk mengunjung. Maklang atau nama sebenarnya Robiah bt. Aroff adalah emak saudara aku. Beliau ialah kakak kepada arwah ayah aku.Ayah aku mempunyai lima adik beradik. Ayah aku anak keempat manakala maklang anak ketiga. Maklang adalah emak saudara terakhir yang telah meninggal dunia. Adik beradik lain termasuk ayahku telah lama meninggal. Maklang meninnggal ketika usianya 86 tahun, tapi kalau ikut kad Pengenalan 79 tahun, biasalah orang dulu-dulu. Kematian Maklang bermakna saya sudah tiada emak atau bapa saudara di sebelah bapa. Kini hanya tinggal keturunan mereka yang meneruskan usaha orang-orang tua dulu. Walaupun sebenarnya Maklang ini tak berapa rapat dengan saya kerana sebab-sebab tertentu, tetapi pertalian saudara dan darah daging tetap menjadikan saya rapat dengan beliau. Apa pun beliau tetap emak saudara saya, apatah lagi mukanya sama dengan arwah tok saya, Tok Aji yang meninggala dunia di rumah ayahanda saya pada tahun 1985. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah ayah saya,ibu saya dan semua ahli keluarga saya yang telah meninggal dunia di kalangan hamba-hambanya yang soleh! Amin, Al-Fatihah!

Daripada: Mohamad Rushdan Azizan

Wednesday, July 23, 2008

Penceramah cilik dari Indonesia

Assalamualikum- 23 Julai 2008 lepas solat Maghrib, aku bergegas bersama anak sulung aku Rafiq menuju surau Tambak Bunga. Para jemaah yang solat Maghrib di surau Taman Setia pun bergegas ke Tambak Bunga. Mana tidaknya, masing-masing nak mendengar pidato dari penceramah cilik yang dibawa khas dari Indonesia. Mereka ialah adik Habiburrahman,adik Siti Rahmah dan adik Mohd Amin. Orang begitu ramai di surau berkenaan. Pecah rekod kehadiran kata pengerusi majlis. Memang hebat ketiga-tiga kanak2 ini. Mereka memang petah berpidato sambil mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith. Terpegun aku, anak aku dan orang ramai mendengar pidato mereka. Subhanallah, begitulah keistimewaan yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Bapak Solihin(bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu). Kadang-kadang terfikir bagaimana nak lahirkan generasi sebegitu. Bolehkan aku buat? Boleh.... tapi kena banyak berusaha, belajar dan sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorak kehidupan mereka. Kalau elok, eloklah, kalau buruk,buruklah. Aku mesti kuat berusaha di samping perlu kuat berdoa kepada Allah agar menjadikan anak-anak aku anak yang soleh........ Amiiin!

Thursday, July 17, 2008

Sapa buat cerita?

Assalamualaikum! Semalam secara berterusan H/P saya berterusan dihubungi oleh ramai rakan-rakan dan guru-guru j-QAF. SMS entahlah begitu banyak sekali yang masuk. Cerita mengenai kononnya saya kemalangan jalan raya di Kuala Kangsar. Entah siapa yang bawa dan buat cerita ni. Konspirasi ka? Kelmarin, saya ke Kulim untuk mesyuarat dengan para pegawai khas j-QAF. Bersama saya Us Dziauddin dari PPD Kota Setar. Kami sampai di Alor Star jam 5 ptg. Selepas maghrib ketika di surau, begitu banyak sms dan panggilan masuk. Banyak yang saya tak jawab kerana saya dah tau mesti nak tanya pasal berita tu. Pagi ini pun masih ramai yang telefon termasuk kaum keluarga terdekat. Entah macamana berita ini boleh tersebar, saya pun tak tahu. Apa pun Alhamdulillah, saya sihat dan OK. Mudah-mudahan akan terus begini di samping doa dan sokongan anda semua. Terima kasih kerana mengingati hamba yag maha hina ini! Sekian.

Daripada: Mohamad Rushdan Azizan

Wednesday, July 16, 2008

Perginya seorang tokoh bolasepak


Assalamualaikum, Semalam saya menerima berita tentang pemergian Dato' Ahmad Basri Akil, seorang tokoh bolasepak Negeri Kedah. Saya berkesempatan menziarahi jenazah beliau di kediaman beliau di Jalan Sultanah. Kalau melihat kepada orang yang datang, memanglah ramai, maklumlah, orang terkenal, Daripada tuanku sampai YB dan orang biasa, semuanya datang mengunjung. Ketika Solat jenazah di Masjid Alor Merah pula, Raja Perlis turut hadir. Sebenarnya anak-anak Dato' Basri adalah rakan sepermainan saya semasa kecil, Ahmad Husni, Ahmad Sanusi dan Ahmad Nazri antara anaknya yang selalu saya bermain di rumah datuk dan nenek mereka. Rumah Dato' Wan Bain( Mertua Dato' Basri) berkebetulan berhadapan dengan rumah orang tua saya. Masa tu, kami memang selalu mengayuh basikal bersama. Bila ada perlawanan bola masa tu, dato' akan beri tiket percuma, saya selalu pergi dengan Nazri (Di). Walaupun sudah lama tak berjumpa anak-anaknya, tapi saya masih mendapat khabar berita mereka daripada rakan-rakan lain. Sebab itulah sebaik mendapat khabar berita dari kakak saya yang berkebetulan ada di Istana Anak Bukit tentang Dato' Basri, terus saya hubungi abang ipar saya dan kami mengambil keputusan untuk mengunjung jenazah pada malam hari. Dato' Basri memang terkenal di Kedah, kalau sebut bola mesti ingat dato'. Begitulah sinonimnya dato' Basri dengan bolasepak di Kedah. Al-Fatihah.


Daripada : Mohd Rushdan Azizan

Jubli Emas Sultan Kedah





Assalamualikum! Sebagai rakyat Kedah, saya sungguh berbangga dengan pemerintahan Ke Bawah DYMM Tunku Abdul Halim Muadzam Shah yang ke 50. Mana tidaknya, baginda merupakan antara sultan yang paling lama bertakhta. Sambutan pada hari ini amat meriah.Puluhan ribu rakyat jelata keluar menyaksikan istiadat perarakan di raja pagi ini. Saya hanya menonton siaran langsung di NTV7 saja. Sungguh gemilang majlis ini. Penuh dengan adat istiadat diraja. Selepas ini sudah tentu banyak lagi acara-acara sambutan jubli emas. Kalau ada masa pakat-pakat pergilah. Bukan senang nak sambut Jubli Emas. Ketika saya di tingkatan persediaan (I'dadi)Maktab Mahmud dulu tuanku Sultan Kedah sambut Jubli Perak. Sekarang dah Jubli Emas. Mungkin sempat Jubli Intan. Daulat Tuanku!

Monday, July 14, 2008

Perginya seorang sahabat

Tanggal 10 Julai lalu, ketika aku baru tiba di KLIA kerana nak menghadiri mesyuarat penyelarasan kursus B.Arab, tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon. Rupanya Zamri Rahim yang menelefon untuk memberitahu yang Nurul Hadi sedang nazak. Tatkala itu, jantungku berdebar, lantas terus aku menelefon Arman. Arman sudah berada di rumah Nurulhadi sedang membaca Yaasin. Arman meminta aku menunggunya di setesyen ERL Putrajaya. Tepat jam 5,35 ptg aku sampai di ERL putrajaya. Arman datang mengambilku 5 minit kemudian. Kami terus ke rumah Nurul Hadi. Tak sampai 10 minit kami pun sampai. Sebaik aku melangkah masuk, aku melihat doktor sedang membuat pemeriksaan samada Hadi masih bernyawa atau tidak. Selepas beberapa saat, doktor pun memberitahu bahawa Hadi sudah tiada. Kaum familinya sudah tentu bersedih tak terkira. Kami di situ amat terharu. Hadi seorang yang kuat bekerja ketika di JAPIM dulu. Kawan-kawannya ramai. Aku kenal dia ketika belajar di Maktab Mahmud lagi. Memang dia seorang yang agak pendiam tetapi cepat peramah. Berasal dari Pendang Kedah. Memang mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Kita kehilangan seorang lagi sahabat yang baik! Kita perlu terima kenyataan!Moga Allah menempatkan dia di kalangan hamba-hambanya yang soleh..... Amiin!

Wednesday, July 9, 2008

Hasmadi Oh Hasmadi


Ada orang kata dia ni pandai berbahasa Arab. Ada orang kata dia pakar ICT. Ada orang kata dia hebat berpidato. Bagiku dia hebat belaka. Susah nak cari orang Melayu hebat macam dia. Hasmadi oh Hasmadi, bila kau pindah, sunyi betul ofis ni. susah nak cari orang yang pandai bawa cerita dan idea. Yang paling malang nak suruh kendali kursus, lagilah tak dak. Moga-moga kau sudi menerima jemputan kami kalau dijemput.

sekadar tatapan

Assalamualaikum,
Sebentar tadi aku telah mendapat khabar gembira. Bosku di Putrajaya akan menyambung pelajaran di luar negara. Apa tidaknya, bila dia balik nanti, sudah tentu aku rasa bangga bila melihat dia bergelar Dr. Aku sentiasa mendoakan kejayaannya. Dia mempunyai potensi yang cerah pada masa depan. Ku harap dia tak akan melupakan aku dan rakan-rakan lain bila dah menjadi Dr. Semoga anda berjaya Mr. A!