Wednesday, December 10, 2008

Sambutan Aidil Adha di Taman Setia




Assalamualaikum !Sambutan Aidil Adha di Taman Setia disambut secara sederhana tetapi meriah. Boleh dikatakan majoriti penduduk Taman Setia sudah pun memenuhi ruang surau untuk mendirikan solat sunat Aidil Adha sejak awal pagi lagi. Laungan takbir oleh kanan-kanak melalui pembesar suara mulai kedengaran sejak jam 7 pagi. Setelah selesai solat sunat aidil adha lebih kurang jam 9.15 pagi, para ahli jemaah bersiap pula untuk ibadah korban. Alhamdulillah dengan semangat kerjasama, gotong royong dan semangat persaudaraan yang kuat membolehkan penyembelihan dan pengagihan daging dapat dilakukan dengan cepat. Menjelang jam 12.30 tgh. semua penduduk sudah dapat mekan tengahari hasil daging korban yang disedekahkan sebahagiannya untuk tujuan tersebut. Cuma yang pasti tidak dapat dilupakan Aidil Adha tahun ini ialah apabila seekor lembu yang hendak dikorbankan terlepas dari ikatan dan melarikan diri sehinnga menyeberang ke Taman Katan. Alhamdulillah dengan semangat muafakat, lembu yang lari dapat juga ditangkap semula dan akhirnya dapat juga dijadikan ibadah korban. Moga Allah menerima ibadah penduduk yang melakukan korban tahun ini. Amin!!!!

Tuesday, November 25, 2008

Pergi Bercuti!




Assalamualaikum! Sempena cuti sekolah kali ini saya berkesempatan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Sebenarnya, saya bercadang nak ke Kelantan tapi atas sebab-sebab tertentu, saya bertukar destinasi. Selain itu, isteri dan anak-anak saya belum pernah ke Pulau Pangkor. Sampai di sana, saya ingatkan orang ramai tapi jangkaan saya meleset. Tak ramai seperti dijangkakn. Hotel pun mudah dapat. Cuti ini merupakan rehlah saya yang pertama bersama anak-anak khususnya anak bongsu yang semakin sihat. Melihat keadaannya ketika bercuti dan mandi manda, rasa legalah sikit apatah lagi dia dah mula selera makan. Mungkin selepas ini ada lagi destinasi yang saya akan sampai sekiranya dapat cuti dan kerja semakin kurang.

Sunday, November 2, 2008

Ziarah Langkawi




30 Oktober-1 November: Saya sekeluarga ke Langkawi. Hampir setahun saya sekeluarga tidak menjenguk Langkawi. Sekali pun saya selalu ke Langkawi untuk urusan kerja tetapi bersama keluarga dah hampir setahun. Dah lama tak balik ziarah tok Leha di Ulu Melaka. Alhamdulillah, kali ni kami semua berkesempatan untuk bermalam di rumahnya. Seronok anak-anak saya dapat bertemu dengan saudara-saudara mereka. Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Tok Leha pula uzur kerana sakit buah pinggang. Pagi 1 November beliau pergi cuci buah pinggang di hospital Langkawi. Katanya seminggu 3 kali macam arwah mak saya dulu juga. Balik kali ni juga sempat jumpa Mizi,Rokhaimi dan Nasir. Pi pekena roti bom di Pantai Tengah. Juga sempat keluar minum dengan cikgu Zubir. Insya Allah ada ruang saya mesti pergi lagi.

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri Kesyukuran!



27 Oktober 2008- Saya sempat mengadakan kenduri kesyukuran dan rumah terbuka Aidilfitri. Kenduri kesyukuran sempena sihatnya Amzar dari penyakit yang dihadapinya, Alhamdulillah. Di samping itu, saya buat juga tahlil untuk arwah ibu bapa saya dan kenduri doa selamat. Ramai juga yang datang khususnya ahli jemaah surau dan sanak saudara. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Rombongan Hantar Kak Ngah!






24&25 Oktober 2008- Kami sekeluarga dan 8 keluarga yang lain bertolak ke Temerloh, Pahang untuk menghadiri kenduri kahwin di rumah Fazli (suami Kak Ngah). Seingat saya, inilah kali per tama kami beramai-ramai menyewa bas untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. Sungguh meriah rupanya bila kesemua adik beradik menaiki satu bas. Tak kering gusi dibuatnya ditambah dengan keriuhan kanak-kanak yang tak kenal erti letih dan lelah. Kami sempat bermalam di Genting Highlands dalam perjalanan pergi. Seronok juga bila masing-masing berkesempatan untuk naik kereta kabel dan bersiar di puncak Genting. Tahniah buat Kak Ngah yang sekarang dah jadi orang Pahang.

Tuesday, October 14, 2008

Us Arman berangkat ke Amman!


14 Oktober- Malam ini Us Arman Rusoff, bekas Penolong Pengarah BPI akan berangkat meninggalkan Malaysia untuk memulakan tugas barunya sebagai atase di Kedutaan Malaysia di Amman,Jordan. Jordan bukan lagi asing buat beliau kerana beliau pernah menuntut di sana dahulu ketika menyudahkan Ijazah Sarjana Mudanya. Us Arman memang hebat orangnya, malah beliau turut menerima tawaran daripada bahagian biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Phd. Namun mungkin kerana minatnya untuk menjadi atase, terpaksalah beliau menangguhkan dulu hasratnya untuk menyambung phd. Sabtu lepas saya berkesempatan menjenguk beliau di Putrajaya untuk mengucapkan Selamat Jalan. Saya, Us Jamal dan Us Abd. Mutalib sanggup datang dari Alor Setar semata-mata untuk menziarahi beliau. Terlalu banyak jasa beliau kepada kami dan banyak kenangan yang tak boleh kami lupakan ketika bersama beliau. SELAMAT BERANGKAT!

Saturday, October 11, 2008

Kak Ngah Kahwin!




Tanggal 3 Oktober 2008 pasti menjadi kenangan manis kepada Eikrami bt. Ezahar (kak ngah) apabila beliau selamat dinikahkan dengan Fazli Khamis. Sebagai salah seorang saudara mara beliau, sudah tentu saya rasa gembira melihar beliau sudah berkahwin. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya macam baru lahir saja Kak Ngah, maklumlah masa dia kecik dulu, selalu dok dukung dia. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Tahniah juga kepada Bg. Ya dan Kak Imah kerana mendapat menantu dan ‘anak lelaki’ pertama.

Monday, September 29, 2008

Selamat Menyambut Syawal 1429H



Asslamualaikum!
Aidilfitri Menjelang Tiba
Kanak-kanak sungguh ceria
Ramadan pergi penuh hiba
Moga Puasa Kita diterima-Nya
Bakar lemang di malam raya
Ketupat pulut enaknya rasa
Selamat Hari Raya Untuk Semua
Maaf dipohon ampun dipinta.
Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf, moga lebaran kali ini membawa kebahagiaan kepada kita di dunia mahu pun akhirat.

Saturday, September 20, 2008

Majli Berbuka Puasa di SP Inn





20 Okt- Semalam saya sekelurga telah hadir ke majlis berbuka puasa anjuran paejabat saya di SP INN Sg.Petani. Seingat saya ini adalah kali pertama perjumpaan keluarga antara staf di pejabat saya setelah hampir 5 tahun saya di situ. Majlis yang nampak sederhana tetapi ceria ini membawa makna tersendiri apabila bos kami telah sudi menyampaikan hadiah berupa pakaian raya kepada kami semua. Anak-anak kecil di majlis ini nampak gembira dan dapat bermain bersama walaupun baru pertama kali bersua. Moga ada lagi majlis sebegini pada masa akan datang.

Friday, September 19, 2008

Alhamdulillah!

20 Okt- Hari ini adalah antara hari-hari yang paling gembira dalam hidupku. Mana tidaknya, sebaik saja aku membuka laman web Bahagian Sumber Manusia untuk melihat keputusan PTK, aku tergamam dan terkejut seolah-olah tidak percaya yang aku akan mendapat keputusan cemerlang (4-4). Ini semua adalah hasil daripada doa isteri, kakak-kakak dan kawan-kawan. Aku pasti tidak akan melupakan mereka semua khususnya Kak An yang bertungkus lumus membantuku untuk menyiapkan esei dan pembentangan B.Inggeris. ALHAMDULILLAH- syukurku kepada Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang!

Majlis Berbuka Puasa di Taman Setia





19 Okt 2008-Semalam saya sempat berbuka puasa di majlis berbuka puasa penduduk Taman Setia. Memang penduduk di sini amat sporting dan sentiasa memupuk persaudaraan dan kasih sayang antara satu sama lain. Ini yang membuatkan aku sayang nak tinggal Taman ini. Yang menarik ialah kehadiran YB En. Nasir b. Mustafa, ADUN Kubang Rotan ke majlis ini. Beliau sempat memberi sepatah dua kata. Ini adalah kali kedua beliau hadir ke surau ini dan sekaligus menunjukkan komitmennya untuk sentiasa mendampingi rakyat. Beliau juga telah menyumbang 40 kilo beras dan buah kurma untuk majlis tersebut.

Berbuka Puasa di Menara Alor Star





18 Oktober2008- Malam jumaat lepas saya sekeluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di Restoran Sri Angkasa, Menara Alor Star. Bukan saya sekeluarga saja, tetapi juga ahli keluarga yang lain turut bersama. Kak Jah sekeluarga, Kak Ijan sekeluarga, Kak An sekeluarga, Kiah sekeluarga, Dina dan Lin sekeluarga. Meriah sungguh berbuka di situ. Bermacam-macam juadah disediakan. Pakat balun semua! Ada yang sedap,ada yang kurang sikit tapi yang penting seronok berbuka di menara dan dapat berceloteh sesama ahli keluarga.

Thursday, September 11, 2008

Amzar semakin ceria!



Amzar nampak semakin sihat hari ini.Sejak keluar dari hospital pada 31 Ogos lalu, nampak sangat dia semakin happy. Walaupun luka di perut masih jelas kelihatan, nampak macam dia tak rasa sakit langsung. Cuma bila nak buka plaster di tempat luka dia nampak seriyau. Apa pun aku tetap bersyukur kepada Allah, walaupun dua kali bedah dia semakin beransur pulih dan aku akan terus berdoa supaya dia terus pulih dan kembali aktif seperti biasa.

Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51


31 Ogos- Hari ini adalah hari keramat untuk semua warganegara Malaysia. Jika 51 tahun lalu tarikh ini adalah tarikh yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia ketika itu berseronok dan bergembira tetapi pada waktu ini sudah tentu kegembiraannya tidak sama seperti dahulu. Ini kerana warga muda ketika ini tidak merasai perit dan kesusahan orang dulu memperjuangkan kemerdekaan. Namun tahniah kepada semua warga muda yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan setiap program kenerdekaan. Apa yang ingin ditekankan di sini, sejauh mana kita selaku GPI, Guru j-QAF dan Guru KKQ mampu memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya. Bagaimana pula cara kita cuba memahamkan anak-anak murid kita erti kemerdekaan sebenarnya apatah lagi murid-murid ini tak pernah melihat watak penjajah secara hakiki seperti datuk dan nenek moyang kita melihatnya. Justeru, peranan kita cukup besar bagi memastikan kemerdekaan pada hari ini bukan sekadar memasang bendera dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tetapi kita mestilah berfikiran yang lebih luas memberi idea dan pendapat agar erti merdeka yang sebenarnya difahami oleh semua. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51!

Saturday, August 23, 2008

Amzar kena bedah lagi!

Tarikh 22 Ogos 2008 pasti akan menjadi sejarah lagi buat kami sekeluarga. Amzar ken bedah lagi. Kesian sungguh kat dia. Tapi apa yang aku boleh buat, tak dak cara lain. Yang paling sayu ialah bila aku dibawa masuk ke bilik pembedahan. Aku boleh tengok sendiri bagaimana operasi membuang nanah dari perut Amzar dilakukan. Agak seriyau juga tapi ku tahan kerana sayang kat Amzar. Apa pun Amzar dah selamat di bedahtapi demamnya masih belum mahu reda. Aku kena banyak berikhtiar dan berdoa di samping sentiasa mengawasi dia. Amzar....... hanya Allah yang Maha Penyembuh, kita hanya berusaha.

Monday, August 18, 2008

Rafiq masuk Summer Camp




17 Ogos- Hari ini aku menghantar anakku yang sulung, Muhammad Rafiq ke Summer Camp di SMS Pokok Sena. Saja aku hantar dia ke kem tu supaya dia tak buang masa di rumah di samping dapat juga motivasi. Ramai juga yang datang. Di situ aku sempat bertemu dengan sepupuku Hamidi yang mai dari Seberang Perai hantar anaknya. Masing-masing pada hari itu mengharapkan sesuatu yang positif bila anak mereka pulang termasuklah aku. Aku pun sentiasa mendoakan agar anak-anakku menjadi anak yang soleh. Rafiq nampak cekal walau kena tinggal selama 4 hari.Moga beliau jadi anak yang soleh

Sambutan Israk Dan Mikraj




Assalamualaikum! Dalam saat aku kalut dan sibuk mengurus Amzar yang dibedah kerana apendiks, Alhamdulillah, masih sempat aku bersama dengan penduduk2 Taman Setia yang lain menyambut Israk dan Mikraj dan Bulan Syaaban pada 15 Ogos 2008. Penceramah malam itu ialah Paklong Lutfi Ameer. Seronok sungguh ceramah dia, lawak. Seronok tengok penduduk kat sini yang tak cemuis2 menjayakan sebarang majlis. Pakat tak kira riang dan wang ringgit. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada masyarakat di sini...... Amiin

Amzar masuk wad!




Tarikh 12 Ogos pasti menjadi salah satu peristiwa penting untuk anakku Muhammad Amzar. Anakku terpaksa ditahan di wad 7A Putra Medical Centre. Setelah semalaman muntah tidak berhenti-hemti, doktor mengesahkan bahawa dia apendiks dan memerlukan pembedahan segera. Pembedahan dilakukan pada malam itu juga lebih kurang jam 10.30 malam sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai oleh Dr. Ng Kok Joo. Selepas 1 jam,pembedahan selesai, Alhamdulillah selamat. Namun demikian selepas beberapa hari Amzar demam berterusan sehingga mendatangkan kerisauan kami sekeluarga. Setiap hari Amzar perlu di bawa ke PMC untuk menerima rawatan susulan. Sehingga coretan ini ditulis, Amzar masih belum pulih. Ku doakan anakku Amzar cepat sembuh. Amiin!

Saturday, August 2, 2008

Bercuti di Kuching





Assalamualaikum! Agak lama saya tak buka blog ini, mungkin 4 atau 5 hari. Agak ketagih juga. Tetapi apa kan daya masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ini. Cuma laman web sppimked tak dapat dilayari lagi,mungkin masih dikemaskini. Saya bercuti di Kuching bersama ahli keluarga saya. Ketika di Kuching, saya sempat ke cyber cafe tapi tak dapat nak melayari blog kerana sibuk menghantar e-mel kepada beberapa orang rakan di luar negara. Seronok juga di Kuching. Saya seronok sebab dapat bertemu rakan-rakan lama yang masih mengajar di Kuching seperti Cikgu Abd. Rahim Abol (terima kasih kerana bagi ikan terubok sepecial) dan isterinya Suraya, Us. Sany, En Jiwari b. Abdullah atau nama sebenarnya Jong Jang Jung (pegawai penyelidik SESCO)terima kasih sebab bagi kek lapis, Cikgu Johan (bekasPen. Kanan sekolah saya mengajar dulu) dan isterinya Cikgu Saodah dan ramai lagi yang tak dapat saya sebut nama mereka di sini tapi anda masih dalam ingatan saya. Selain itu murid-murid saya yang sentiasa menemani saya sekeluarga ke mana saja kami pergi iaitu Ahmad Zamri Shah (Pegawai Agama di Istana Gabenor Sarawak) dan Hamsawi Salleh (jurutera Petronas) terima kasih Hamsawi atas segala perbelanjaan yang anda tanggung untuk kami di Kuching. Saya juga sempat bertemu dengan seorang murid yang dulunya agak mahir dalam B.Arab iaitu Syarifuddin A.Kadir, sekarang bekerja sebagai Penolong Mufti setelah balik dari Universiti Madinah. Seorang lagi yang saya dapat berjumpa ialah Norsuriati Abd. Rahman seorang akauntan yang pernah saya mengajar beliau di Ting 4 dan 5 Sains. Terima kasih Suriati atas pelawaan untuk menggunakan kereta anda di sana, saya dah ada orang bagi kereta, Insya Allah lain kali saya pergi, saya akan contact. Ramai lagi murid-murid saya yang saya jumpa. Yang seronoknya kebanyakannya dah kahwin dan ada yang dah ada 4 atau 5 orang anak. Subhanallah, begitu cepat masa berlalu, rasa diri ini tua bebenar. Tahniah kepada semua anak-anak murid saya yang telah berjaya menjawat jawatan-jawatan besar di Sarawak. Insya Allah ada masa, kita berjumpa lagi.......!

Friday, July 25, 2008

Perginya Maklang Meah

Assalamulaikum! 25 Julai 2008(Jumaat), Saya menerima berita kematian Maklang Meah jam 11 pagi. Ketika itu saya sedang sibuk bergotong royong di rumah Tn. Hj. Radhi, jiran belakang rumah saya yang akan kenduri esok. Saya bergegas balik dan bersiap untuk ke Batu Lintang, Tikam Batu untuk mengunjung. Maklang atau nama sebenarnya Robiah bt. Aroff adalah emak saudara aku. Beliau ialah kakak kepada arwah ayah aku.Ayah aku mempunyai lima adik beradik. Ayah aku anak keempat manakala maklang anak ketiga. Maklang adalah emak saudara terakhir yang telah meninggal dunia. Adik beradik lain termasuk ayahku telah lama meninggal. Maklang meninnggal ketika usianya 86 tahun, tapi kalau ikut kad Pengenalan 79 tahun, biasalah orang dulu-dulu. Kematian Maklang bermakna saya sudah tiada emak atau bapa saudara di sebelah bapa. Kini hanya tinggal keturunan mereka yang meneruskan usaha orang-orang tua dulu. Walaupun sebenarnya Maklang ini tak berapa rapat dengan saya kerana sebab-sebab tertentu, tetapi pertalian saudara dan darah daging tetap menjadikan saya rapat dengan beliau. Apa pun beliau tetap emak saudara saya, apatah lagi mukanya sama dengan arwah tok saya, Tok Aji yang meninggala dunia di rumah ayahanda saya pada tahun 1985. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah ayah saya,ibu saya dan semua ahli keluarga saya yang telah meninggal dunia di kalangan hamba-hambanya yang soleh! Amin, Al-Fatihah!

Daripada: Mohamad Rushdan Azizan

Wednesday, July 23, 2008

Penceramah cilik dari Indonesia

Assalamualikum- 23 Julai 2008 lepas solat Maghrib, aku bergegas bersama anak sulung aku Rafiq menuju surau Tambak Bunga. Para jemaah yang solat Maghrib di surau Taman Setia pun bergegas ke Tambak Bunga. Mana tidaknya, masing-masing nak mendengar pidato dari penceramah cilik yang dibawa khas dari Indonesia. Mereka ialah adik Habiburrahman,adik Siti Rahmah dan adik Mohd Amin. Orang begitu ramai di surau berkenaan. Pecah rekod kehadiran kata pengerusi majlis. Memang hebat ketiga-tiga kanak2 ini. Mereka memang petah berpidato sambil mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith. Terpegun aku, anak aku dan orang ramai mendengar pidato mereka. Subhanallah, begitulah keistimewaan yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Bapak Solihin(bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu). Kadang-kadang terfikir bagaimana nak lahirkan generasi sebegitu. Bolehkan aku buat? Boleh.... tapi kena banyak berusaha, belajar dan sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorak kehidupan mereka. Kalau elok, eloklah, kalau buruk,buruklah. Aku mesti kuat berusaha di samping perlu kuat berdoa kepada Allah agar menjadikan anak-anak aku anak yang soleh........ Amiiin!

Thursday, July 17, 2008

Sapa buat cerita?

Assalamualaikum! Semalam secara berterusan H/P saya berterusan dihubungi oleh ramai rakan-rakan dan guru-guru j-QAF. SMS entahlah begitu banyak sekali yang masuk. Cerita mengenai kononnya saya kemalangan jalan raya di Kuala Kangsar. Entah siapa yang bawa dan buat cerita ni. Konspirasi ka? Kelmarin, saya ke Kulim untuk mesyuarat dengan para pegawai khas j-QAF. Bersama saya Us Dziauddin dari PPD Kota Setar. Kami sampai di Alor Star jam 5 ptg. Selepas maghrib ketika di surau, begitu banyak sms dan panggilan masuk. Banyak yang saya tak jawab kerana saya dah tau mesti nak tanya pasal berita tu. Pagi ini pun masih ramai yang telefon termasuk kaum keluarga terdekat. Entah macamana berita ini boleh tersebar, saya pun tak tahu. Apa pun Alhamdulillah, saya sihat dan OK. Mudah-mudahan akan terus begini di samping doa dan sokongan anda semua. Terima kasih kerana mengingati hamba yag maha hina ini! Sekian.

Daripada: Mohamad Rushdan Azizan

Wednesday, July 16, 2008

Perginya seorang tokoh bolasepak


Assalamualaikum, Semalam saya menerima berita tentang pemergian Dato' Ahmad Basri Akil, seorang tokoh bolasepak Negeri Kedah. Saya berkesempatan menziarahi jenazah beliau di kediaman beliau di Jalan Sultanah. Kalau melihat kepada orang yang datang, memanglah ramai, maklumlah, orang terkenal, Daripada tuanku sampai YB dan orang biasa, semuanya datang mengunjung. Ketika Solat jenazah di Masjid Alor Merah pula, Raja Perlis turut hadir. Sebenarnya anak-anak Dato' Basri adalah rakan sepermainan saya semasa kecil, Ahmad Husni, Ahmad Sanusi dan Ahmad Nazri antara anaknya yang selalu saya bermain di rumah datuk dan nenek mereka. Rumah Dato' Wan Bain( Mertua Dato' Basri) berkebetulan berhadapan dengan rumah orang tua saya. Masa tu, kami memang selalu mengayuh basikal bersama. Bila ada perlawanan bola masa tu, dato' akan beri tiket percuma, saya selalu pergi dengan Nazri (Di). Walaupun sudah lama tak berjumpa anak-anaknya, tapi saya masih mendapat khabar berita mereka daripada rakan-rakan lain. Sebab itulah sebaik mendapat khabar berita dari kakak saya yang berkebetulan ada di Istana Anak Bukit tentang Dato' Basri, terus saya hubungi abang ipar saya dan kami mengambil keputusan untuk mengunjung jenazah pada malam hari. Dato' Basri memang terkenal di Kedah, kalau sebut bola mesti ingat dato'. Begitulah sinonimnya dato' Basri dengan bolasepak di Kedah. Al-Fatihah.


Daripada : Mohd Rushdan Azizan

Jubli Emas Sultan Kedah





Assalamualikum! Sebagai rakyat Kedah, saya sungguh berbangga dengan pemerintahan Ke Bawah DYMM Tunku Abdul Halim Muadzam Shah yang ke 50. Mana tidaknya, baginda merupakan antara sultan yang paling lama bertakhta. Sambutan pada hari ini amat meriah.Puluhan ribu rakyat jelata keluar menyaksikan istiadat perarakan di raja pagi ini. Saya hanya menonton siaran langsung di NTV7 saja. Sungguh gemilang majlis ini. Penuh dengan adat istiadat diraja. Selepas ini sudah tentu banyak lagi acara-acara sambutan jubli emas. Kalau ada masa pakat-pakat pergilah. Bukan senang nak sambut Jubli Emas. Ketika saya di tingkatan persediaan (I'dadi)Maktab Mahmud dulu tuanku Sultan Kedah sambut Jubli Perak. Sekarang dah Jubli Emas. Mungkin sempat Jubli Intan. Daulat Tuanku!

Monday, July 14, 2008

Perginya seorang sahabat

Tanggal 10 Julai lalu, ketika aku baru tiba di KLIA kerana nak menghadiri mesyuarat penyelarasan kursus B.Arab, tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon. Rupanya Zamri Rahim yang menelefon untuk memberitahu yang Nurul Hadi sedang nazak. Tatkala itu, jantungku berdebar, lantas terus aku menelefon Arman. Arman sudah berada di rumah Nurulhadi sedang membaca Yaasin. Arman meminta aku menunggunya di setesyen ERL Putrajaya. Tepat jam 5,35 ptg aku sampai di ERL putrajaya. Arman datang mengambilku 5 minit kemudian. Kami terus ke rumah Nurul Hadi. Tak sampai 10 minit kami pun sampai. Sebaik aku melangkah masuk, aku melihat doktor sedang membuat pemeriksaan samada Hadi masih bernyawa atau tidak. Selepas beberapa saat, doktor pun memberitahu bahawa Hadi sudah tiada. Kaum familinya sudah tentu bersedih tak terkira. Kami di situ amat terharu. Hadi seorang yang kuat bekerja ketika di JAPIM dulu. Kawan-kawannya ramai. Aku kenal dia ketika belajar di Maktab Mahmud lagi. Memang dia seorang yang agak pendiam tetapi cepat peramah. Berasal dari Pendang Kedah. Memang mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Kita kehilangan seorang lagi sahabat yang baik! Kita perlu terima kenyataan!Moga Allah menempatkan dia di kalangan hamba-hambanya yang soleh..... Amiin!

Wednesday, July 9, 2008

Hasmadi Oh Hasmadi


Ada orang kata dia ni pandai berbahasa Arab. Ada orang kata dia pakar ICT. Ada orang kata dia hebat berpidato. Bagiku dia hebat belaka. Susah nak cari orang Melayu hebat macam dia. Hasmadi oh Hasmadi, bila kau pindah, sunyi betul ofis ni. susah nak cari orang yang pandai bawa cerita dan idea. Yang paling malang nak suruh kendali kursus, lagilah tak dak. Moga-moga kau sudi menerima jemputan kami kalau dijemput.

sekadar tatapan

Assalamualaikum,
Sebentar tadi aku telah mendapat khabar gembira. Bosku di Putrajaya akan menyambung pelajaran di luar negara. Apa tidaknya, bila dia balik nanti, sudah tentu aku rasa bangga bila melihat dia bergelar Dr. Aku sentiasa mendoakan kejayaannya. Dia mempunyai potensi yang cerah pada masa depan. Ku harap dia tak akan melupakan aku dan rakan-rakan lain bila dah menjadi Dr. Semoga anda berjaya Mr. A!