Tuesday, October 14, 2008

Us Arman berangkat ke Amman!


14 Oktober- Malam ini Us Arman Rusoff, bekas Penolong Pengarah BPI akan berangkat meninggalkan Malaysia untuk memulakan tugas barunya sebagai atase di Kedutaan Malaysia di Amman,Jordan. Jordan bukan lagi asing buat beliau kerana beliau pernah menuntut di sana dahulu ketika menyudahkan Ijazah Sarjana Mudanya. Us Arman memang hebat orangnya, malah beliau turut menerima tawaran daripada bahagian biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Phd. Namun mungkin kerana minatnya untuk menjadi atase, terpaksalah beliau menangguhkan dulu hasratnya untuk menyambung phd. Sabtu lepas saya berkesempatan menjenguk beliau di Putrajaya untuk mengucapkan Selamat Jalan. Saya, Us Jamal dan Us Abd. Mutalib sanggup datang dari Alor Setar semata-mata untuk menziarahi beliau. Terlalu banyak jasa beliau kepada kami dan banyak kenangan yang tak boleh kami lupakan ketika bersama beliau. SELAMAT BERANGKAT!

1 comment:

Dr. Z menulis said...

Ustaz Arman sudah meninggal di Amman. Belia Insyallah akan dikebumikan di kampung hamannya esok 14hb Dec 2009.