Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51


31 Ogos- Hari ini adalah hari keramat untuk semua warganegara Malaysia. Jika 51 tahun lalu tarikh ini adalah tarikh yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia ketika itu berseronok dan bergembira tetapi pada waktu ini sudah tentu kegembiraannya tidak sama seperti dahulu. Ini kerana warga muda ketika ini tidak merasai perit dan kesusahan orang dulu memperjuangkan kemerdekaan. Namun tahniah kepada semua warga muda yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan setiap program kenerdekaan. Apa yang ingin ditekankan di sini, sejauh mana kita selaku GPI, Guru j-QAF dan Guru KKQ mampu memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya. Bagaimana pula cara kita cuba memahamkan anak-anak murid kita erti kemerdekaan sebenarnya apatah lagi murid-murid ini tak pernah melihat watak penjajah secara hakiki seperti datuk dan nenek moyang kita melihatnya. Justeru, peranan kita cukup besar bagi memastikan kemerdekaan pada hari ini bukan sekadar memasang bendera dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tetapi kita mestilah berfikiran yang lebih luas memberi idea dan pendapat agar erti merdeka yang sebenarnya difahami oleh semua. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51!

No comments: