Assalamulaikum! 25 Julai 2008(Jumaat), Saya menerima berita kematian Maklang Meah jam 11 pagi. Ketika itu saya sedang sibuk bergotong royong di rumah Tn. Hj. Radhi, jiran belakang rumah saya yang akan kenduri esok. Saya bergegas balik dan bersiap untuk ke Batu Lintang, Tikam Batu untuk mengunjung. Maklang atau nama sebenarnya Robiah bt. Aroff adalah emak saudara aku. Beliau ialah kakak kepada arwah ayah aku.Ayah aku mempunyai lima adik beradik. Ayah aku anak keempat manakala maklang anak ketiga. Maklang adalah emak saudara terakhir yang telah meninggal dunia. Adik beradik lain termasuk ayahku telah lama meninggal. Maklang meninnggal ketika usianya 86 tahun, tapi kalau ikut kad Pengenalan 79 tahun, biasalah orang dulu-dulu. Kematian Maklang bermakna saya sudah tiada emak atau bapa saudara di sebelah bapa. Kini hanya tinggal keturunan mereka yang meneruskan usaha orang-orang tua dulu. Walaupun sebenarnya Maklang ini tak berapa rapat dengan saya kerana sebab-sebab tertentu, tetapi pertalian saudara dan darah daging tetap menjadikan saya rapat dengan beliau. Apa pun beliau tetap emak saudara saya, apatah lagi mukanya sama dengan arwah tok saya, Tok Aji yang meninggala dunia di rumah ayahanda saya pada tahun 1985. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah ayah saya,ibu saya dan semua ahli keluarga saya yang telah meninggal dunia di kalangan hamba-hambanya yang soleh! Amin, Al-Fatihah!
Daripada: Mohamad Rushdan Azizan
Friday, July 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment