Monday, July 14, 2008
Perginya seorang sahabat
Tanggal 10 Julai lalu, ketika aku baru tiba di KLIA kerana nak menghadiri mesyuarat penyelarasan kursus B.Arab, tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon. Rupanya Zamri Rahim yang menelefon untuk memberitahu yang Nurul Hadi sedang nazak. Tatkala itu, jantungku berdebar, lantas terus aku menelefon Arman. Arman sudah berada di rumah Nurulhadi sedang membaca Yaasin. Arman meminta aku menunggunya di setesyen ERL Putrajaya. Tepat jam 5,35 ptg aku sampai di ERL putrajaya. Arman datang mengambilku 5 minit kemudian. Kami terus ke rumah Nurul Hadi. Tak sampai 10 minit kami pun sampai. Sebaik aku melangkah masuk, aku melihat doktor sedang membuat pemeriksaan samada Hadi masih bernyawa atau tidak. Selepas beberapa saat, doktor pun memberitahu bahawa Hadi sudah tiada. Kaum familinya sudah tentu bersedih tak terkira. Kami di situ amat terharu. Hadi seorang yang kuat bekerja ketika di JAPIM dulu. Kawan-kawannya ramai. Aku kenal dia ketika belajar di Maktab Mahmud lagi. Memang dia seorang yang agak pendiam tetapi cepat peramah. Berasal dari Pendang Kedah. Memang mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Kita kehilangan seorang lagi sahabat yang baik! Kita perlu terima kenyataan!Moga Allah menempatkan dia di kalangan hamba-hambanya yang soleh..... Amiin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment