Wednesday, July 16, 2008

Perginya seorang tokoh bolasepak


Assalamualaikum, Semalam saya menerima berita tentang pemergian Dato' Ahmad Basri Akil, seorang tokoh bolasepak Negeri Kedah. Saya berkesempatan menziarahi jenazah beliau di kediaman beliau di Jalan Sultanah. Kalau melihat kepada orang yang datang, memanglah ramai, maklumlah, orang terkenal, Daripada tuanku sampai YB dan orang biasa, semuanya datang mengunjung. Ketika Solat jenazah di Masjid Alor Merah pula, Raja Perlis turut hadir. Sebenarnya anak-anak Dato' Basri adalah rakan sepermainan saya semasa kecil, Ahmad Husni, Ahmad Sanusi dan Ahmad Nazri antara anaknya yang selalu saya bermain di rumah datuk dan nenek mereka. Rumah Dato' Wan Bain( Mertua Dato' Basri) berkebetulan berhadapan dengan rumah orang tua saya. Masa tu, kami memang selalu mengayuh basikal bersama. Bila ada perlawanan bola masa tu, dato' akan beri tiket percuma, saya selalu pergi dengan Nazri (Di). Walaupun sudah lama tak berjumpa anak-anaknya, tapi saya masih mendapat khabar berita mereka daripada rakan-rakan lain. Sebab itulah sebaik mendapat khabar berita dari kakak saya yang berkebetulan ada di Istana Anak Bukit tentang Dato' Basri, terus saya hubungi abang ipar saya dan kami mengambil keputusan untuk mengunjung jenazah pada malam hari. Dato' Basri memang terkenal di Kedah, kalau sebut bola mesti ingat dato'. Begitulah sinonimnya dato' Basri dengan bolasepak di Kedah. Al-Fatihah.


Daripada : Mohd Rushdan Azizan

No comments: